Atlet UKM
Bersama rakan-rakan atlet Fakulti Pengajian Islam.
Latihan di Stadium UKM.
Aku Najmi. Aku merupakan pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Minatku dalam bidang ekonomi tidak dapat disangkal lagi, namun tahukah kalian aku merupakan seorang atlet yang tegar dalam sukan olahraga. Dari awal aku ceburi dalam sukan olahraga ini adalah ketika aku berusia 13 tahun ketika di peringkat sekolah menengah. Pada awalnya, aku menyertai acara lompat kijang, lontar peluru dan merejam lembing ketika di peringkat daerah. Namun bakat aku mula terserlah pada acara merejam lembing. Ini merupakan pencapaian aku dalam acara merejam lembing ketika waktu sekolah menengah:
2010 Gangsa peringkat daerah Perak Tengah
2011 Perak peringkat daerah Perak Tengah dan layak ke peringkat negeri Perak
2012 Gangsa peringkat daerah Perak Tengah
2013 Emas peringkat daerah Perak Tengah
2014 i. Emas peringkat daerah Perak Tengah dan memecahkan rekod daerah (atlet Lelaki Terbaik bawah 18 tahun)
ii. Emas peringkat negeri Perak dan layak mewakili negeri Perak ke MSSM Kedah.
Tahukah anda? Siapakah tulang belakang disebalik kejayaan aku dalam bidang sukan ini? Beliau merupakan seorang yang bukan calang-calang orang. Beliau adalah alumni UKM dan juga dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Beliau bernama Encik Sabaruddin bin Othman yang kini menjawat portfolio sebagai Pengetua di sebuah sekolah Perak Tengah. Beliau telah banyak tabor budi kepada anak-anak muridnya sehingga menjadi pelajar dan atlet yang berguna.
Cikgu Sabaruddin ketika berada di UKM dan berkursus seminar pengetua di Hotel Tenera, Bangi, Selangor.
Kini, aku mahu menjadi pelajar yang cerdas dalam bidang yang aku ceburi dan cergas menjadi atlet yang mewakili UKM. Pada awal Februari 2018, aku telah menjadi wakil tunggal dalam acara kegemaran aku iaitu merejam lembing dan mendapat tempat di tangga kelima daripada keseluruhan 15 atlet iaitu dalam Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT).
Berikut merupakan 8 daripada 15 orang atlet yang Berjaya ke peringkat akhir dalam Olahraga Balapan dan Padang, Merejam Lembing Lelaki, Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT).
Sekian sahaja coretan aku pada hari ini. Terima kasih.
perform gileπππ
ReplyDeleteTerima kasih Umi
Deleteπ