Assault River Crossing

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

       Assault River Crossing merupakan salah satu daripada latihan yang ditawarkan di dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Tentera Darat (PALAPES TD). Silibus ini menggalakkan kadet untuk berani dan merentasi halangan yang berada di hadapan, contohnya sungai sebagai jalan alternatif. Oleh itu, latihan ini sememangnya menguji ketahanan mental, dan fizikal.



Bersama skuad 39 PALAPES UKM yang menjayakan Assault River Crossing.

Halangan yang perlu dilalui, Tasik Kesatria di Pusat Kesatria, UKM.

Pelampung rekaan yang digunakan untuk merentasi halangan.

Sebagai penutup kepada coretan kali ini, latihan Assault River Crossing ini dapat memberi pendedahan kepada Pegawai Kadet untuk sentiasa berjaga-jaga dan mencari alternatif untuk merentasi sesuatu halangan tanpa ada sebarang kesulitan. Ternyata latihan kali ini memberi impak dan diterima baik oleh Pegawai Kadet serta berjalan dengan jayanya.

Sekian sahaja daripada saya. Sekian Terima Kasih.

Comments

Popular Posts