Kem Pemudah Cara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

       Kalini ekspedisi bermula di Kem Kepimpinan Hussein yang bertempat di Kem Wira Jaya yang melibatkan pelajar  Kolej Tun Hussein Onn tahun 1 sesi 2017/2018 untuk menghadiri kem yang mempunyai cabaran dari segi fizikal dan mental. Seramai 40 orang peserta yang terlibat di dalam kem ini. Objektif kem ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berkepemimpinan, berdedikasi, berdaya saing khususnya dalam jasmani, emosi, rohani dan intelek. Anjuran buat julung kalinya telah meyakinkan para pelajar bahawa kem yang bersifat outdoor ini amat sesuai untuk menerapkan nilai-nilai kepemimpinan.
Latihan berguling di dalam air terjun, bersama jurulatih.



 Majlis Penutupan Kem Kepimpinan Hussein yang diadakan di dewan Wira Jaya.




Selesai aktiviti di hari terakhir, bersama jurulatih dan Felo-felo Kolej.




Diharapkan semua pelajar dan hadirin yang membaca coretan kali ini dapat meluangkan aktiviti seperti ini disamping dapat menenangkan fikiran. Ia juga mampu untuk membina daya tahan yang kuat.
Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih. Assalamualaikum.

Comments

Popular Posts