Payung Merah di UKM
Tanggal 25 Ogos 2017, aku bersama kakak ku, Fatimah binti Idris pergi seawal jam 7:30 pagi untuk mendaftar sebagai pelajar tahun 1 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di dalam jurusan Ekonomi di bawah naungan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Hujan rintik-rintik pada pagi hari membuatkan kami berasa amat kesejukan. Oleh itu ,kakak aku membawa kereta dengan derasnya dari Seri Kembangan dan kami sampai ke UKM pada jam 8:00 pagi. Pada awal pendaftaran, kami terus menuju ke Fakulti dan tidak menjadi masalah kepada kakak aku untuk mencari jalan kesana. Hal ini disebabkan beliau adalah merupakan seorang alumni yang pernah menuntut di UKM iaitu dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Sarjana dalam bidang Sains Politik.
Bersama kakak tercinta semasa mendaftar di Fakulti, Ekonomi dan Pengurusan.
Dalam masa hampir 30 minit kami meluangkan masa pendaftaran dan staf di Fakulti sangat cepat dan cekap serta tidak perlu beratur panjang kerana kami sampai pada awal waktu. Kemudiannya kami ke Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) yang menjadi kediaman aku di UKM untuk daftar kolej. Begitu juga staf di KTHO yang tidak menang tangan menguruskan kemasukan pelajar UKM sesi 2017/2018 yang cekap dan cepat dalam pekerjaan. Mereka juga tidak lekang dengan senyuman. Begitu juga telah disambut oleh felo-felo dan staf-staf KTHO.
Bilik kediaman KTHO yang dihuni oleh aku sepanjang semester 1 dan semester 2.
Tuntasnya disini, membawa harapan keluarga yang menggunung dan demi menjadi anak yang bersahsiah tinggi. Aku berharap dengan masuknya kaki ke UKM ini, aku mampu menjadi pelajar yang seimbang dalam segala aspek kehidupan sama ada Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Sekian sahaja coretan pada malam ini.
Terima kasih :) .
Comments
Post a Comment