Perbarisan UKM Sempena Hari Malaysia
Hari Perbarisan UKM.
Siapa sangka, aku seorang yang keras dan sukar untuk menari telah mendaftar diri dalam perbarisan mewakili Kolej Tun Hussein Onn pada awal Semester 1. Pada mulanya, perbarisan yang aku sangkakan adalah seperti berkawad statik dan menyanyikan lagu patriotik. Namun sangkaan ku meleset kerana perbarisan yang diadakan adalah seperti menari, menjadi pembawa bendera, flashmop dan pelbagai lagi gaya tarian yang ditonjolkan berdasarkan kreativiti kolej masing-masing.
Dengan penuh tekad dan iltizam, aku bertekad juga masuk dalam pertandingan Hari Perbarisan UKMsempena Hari Malaysia ini, aku berlatih juga dalam perbarisan ini. Banyak pengalaman yang aku kumpul dan pada masa yang sama, banyak kawan yang sudah aku mula kenali. Jika tidak, aku hanya duduk sahaja di dalam bilik tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Pada hari pertandingan yang diadakan di stadium UKM, kami telah melakukan yang terbaik demi membawa nama KTHO untuk membuka mata seluruh warga UKM bahawa kolej yang kecil ini mempunyai semangat kental dan luar biasa. Pada akhirnya, KTHO telah menjadi Johan Kategori Harapan dalam pertandingan Hari Perbarisan UKM. Kami berasa sangat bangga dengan titik peluh latihan kami yang sentiasa kami lakukan sebelum hari pertandingan. Bak kata pepatah, kecil-kecil cili padi. Sekian sahaja coretan pada kali ini.
Aku bangga sebagai anak Malaysia. 16 September 1997.
Comments
Post a Comment