10 Makanan Menarik di Malaysia
1. Nasi Lemak
- Ini dia, makanan sarapan yang paling agung di Malaysia. Tipu lah kalau korang tak rindu nak makan nasi yang penuh dengan rasa lemak dihidangkan pula dengan sambal yang pedas dan telur goreng. Memang terliur!
2. Roti Canai
- Ini pula satu lagi sarapan yang memang Malaysians takkan boleh lupakan! Nak dapatkan yang instant memang banyak jual tapi rasa dia takkan sama dengan roti canai orginal dari dapur mamak.
-
3. Asam Pedas
- Lauk ni bukan senang-senang nak cari dekat negara orang tau. Kalau nak masak pun, bahan pulak jadi masalah. Bayangkan dapat asam pedas dengan telur masin, nikmatnya tak terkata lah!
4. Gulai Tempoyak Cili Padi
- Kalau tadi asam pedas, ni pulak gulai tempoyak cili padi yang memang power! Bukan senang tau nak dapat hasil yang bagus kalau cuba masak lauk ni. Boleh demam ni teringatkan gulai tempoyak ni.
5. Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
- Wah antara makanan favourite orang-orang kampung. Yelah, orang kampung merantau sampai ke negara orang memang teringat lah masakan kampung. Nak dapatkan dekat negara luar memang impossible lah. Balik nanti tak kira, nak ibu yang masak
6. Laksa
- Ini pulak antara makanan kegemaran waktu-waktu petang, laksa ni kalau dapat pulak kuah isi ikan yang pekat memang best! Kalau dekat KL dapatlah satu mangkuk RM4.50, tapi kalau dekat London mana nak cari nak oi. Meleleh dah air liur!
7. Cendol
- Waktu summer disana mesti buat korang teringin makan benda yang sejuk je kan, tapi sebab kan lidah orang Malaysia memang pencuci mulut ni lah yang melekat dekat kepala! Sedapnya lah kalau dapat, tambah pulak kalau letak durian.
- Bulan puasa
8. Murtabak
- Bulan Ramadhan bulan yang paling mulia, tapi waktu ni jugaklah nafsu makan diuji. Lagi-lagi bila duduk jauh, semua makanan teringat. Bayangkan kalau dapat murtabak ayam campur daging, letak pulak cheese, meleleh terus!
9. Kuih Tepung Pelita
- Tak sah lah bulan puasa kalau tak makan kuih ni kan, memang rasa manis tu cukup nikmat waktu berbuka. Tapi manalah nak cari kan, dekat Malaysia je ada.
- 10. Masakan Ibu
- Tiada siapa boleh nafikan bahawa makanan ibu sememangnya sedap. Air tangan seorang ibu/mak sangat dirindui. Walaupun mak hanya masak nasi goreng, namun rasanya sangat disukai. Terima kasih mak!
Comments
Post a Comment