Kucing.

Si Putih
     Si cilik yang bernama "kucing" ini pasti membuat anda berasa sangat sayang untuk dipeluk dan diberi belaian manja. Benar kan? Di rumah aku kerap kali adanya kehadiran kucing yang tidak dikenali. Namun kami sekeluarga sangat ringan untuk memberi mereka makanan. Namun kami tidak biasa biarkan kucing masuk ke dalam rumah. Kucing-kucing tersebut akan duduk di luar rumah iaitu di bawah garaj motor. Benarkah membela kucing ini ada faedah nya? 

     Tidak dapat dinafikan lagi, membela kucing terdapat banyak faedahnya wahai sahabat sekalian. Saya akan huraikan faedah membela kucing ini:

1. Dimurahkan rezeki.

     Apabila memelihara kucing diniatkan sebagai sedekah, maka kelebihan-kelebihan sedekah juga akan diterima oleh tuan kucing. Antara ganjaran yang sering menjadi pendorong dalam bersedekah adalah janji Allah swt untuk melipatgandakan pulangan sedekah dengan rezeki yang melimpah-ruah. Hal ini kerana kucing mempunyai naluri yang menjadikannya makhluk yang disayangi Rasulullah SAW. 
     Si cilik kucing ini akan mendoakan kesejahteraan dan kesenangan kita dengan izin Allah SWT. Semakin banyak kita beri makan dan menjaganya dengan baik, semakin banyak rezeki yang dikurniakan. Aku juga acap kali memberikan makanan kepada kucing sehingga aku menetap di kolej. Tidak salah kita sebagai manusia simpankan sedikit wang untuk membelikan makanan kucing.
2. Membuang sifat pentingkan diri.

    Memelihara kucing dapat belajar untuk menjadi manusia. Sesiapa yang ada hati yang

keras macam batu tu, saya sarankan peliharalah kucing. Sesiapa yang ada jiwa yang

sangat kedekut bak Haji Bakhil tu, silalah pelihara kucing.

    Selagi lagi saya ingatkan kepada anda dan diri saya, berilah makanan kepada kucing 

tambah-tambah lagi selepas ia bergesel-gesel di kaki kita sewaktu makan di restoren. 

Amatlah sedih seseorang itu bertindak menyepak si kucing yang tidak berdosa itu. 

Perkara seperti itu yang akan disoal di akhirat kelak wahai sahabat! Makanya! Sifat 

pentingkan diri ini mampu kita tangani dengan memberi makanan kepadanya.

3. Memupuk kasih sayang antara satu sama lain.

   Kucing menyayangi tuannya tanpa syarat.Cerita di sini habis di sini. Kenapa? Ya! Jika 

kerap kali kita beri ia makanan dan memberi belaian yang manja kepada kucing, maka 

ia pun akan jadi peneman setia kepada kita. Bagaimana cara kucing itu tonjolkan kasih 

sayang pula? Haaa. begini, kucing aku di rumah kerap kali menangkap tikus di rumah

dan apabila berjaya ditangkap, kucing tersebut akan tunjukkan "hadiah" tersebut di 

hadapan aku. Hahaha. Begitulah lain cara kucing anda. Maka, berkuranglah vektor tikus

sang pembawa penyakit di rumah aku.

Haaaa..

Justeru, memelihara kucing bukan sahaja mendapat pahala kerana berbuat baik kepada binatang malah juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah saw.
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Islam menganjurkan umatnya untuk berkasih sayang sesama manusia serta terhadap haiwan dan tumbuhan yang juga tidak terkecuali antara makhluk ciptaan Allah swt.
Tidak kiralah apa jenis pun binatang peliharaan yang anda pilih; ikan, kambing, ayam, arnab,kura-kura dan burung. Ingat, berbuatlah ehsan kepada mereka dan berkasih sayanglah.
Sesungguhnya inilah sikap terpuji seorang mukmin. Bagaimana? Seronok kan menjadi tuan kucing?
Sekian sahaja nukilan aku pada hari ini. Hadam-hadamkan lah ye. Terima Kasih.




Comments

Popular Posts