Tips Belajar dari IKON KTHO

ASSALAMUALAIKUM.



Tips Belajar ini hadirnya daripada kalam seorang kakak senior yang telah berjaya menjadi pelajar cemerlang di Fakulti Pengajian Islam. Beliau diberi nama Sharifah Fatimah. Beliau mengambil jurusan Dakwah dan Kepimpinan. Sepanjang tahun pengajiannya, beliau menjadi ikon di Fakulti,mahupu  di Kolej Tun Hussein Onn. Antara tips yang beliau kongsikan adalah seperti berikut:


1. Saya mahu CEMERLANG
Kita sebagai seorang pelajar, mesti mindset kan minda kita agar kita boleh buat semua perkara, walau apa rintangan sekalipun, kita akan mampu menjadi pelajar yang cemerlang.


2. zero to HERO (korban perkara kecil)
Tidak dapat dinafikan, pelajar yang asalnya tiada apa-apa, akan menjadi seorang yang membanggakan ibu bapa dan keluarganya kelak, selagi dia tidak ambil peduli tentang perkara yang tidak penting.


3. Sifir kejayaan sebenar (Akademik & Sahsiah)
Apakah niat kita masuk ke alam Universiti? Sudah tentunya untuk menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai kualiti akademik yang tertinggi. Bukankah begitu? Namun, pada masa yang sama, kita perlu membina sahsiah yang unggul, sebagai seorang pelajar, tidak cukup sahaja kita mempunyai pencapaian akademik yang luar biasa tetapi dengan orang lain, kita tidak hormat. Maka, akademik dan sahsiah perlu diseimbangkan.


4. Yakin dengan diri/ jelas matlamat/ DISIPLINdiri/ HORMAT pensyarah/ pandai pilih KAWAN/ STRATEGI.
Ini adalah peringatan yang paling penting untuk semua yang bergelar MAHASISWA dan MAHASISWI.


5. D. U. I. T (Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal)
Sifir kejayaan ini juga menjadi panduan seseorang itu khususnya seorang yang bergelar MUSLIM dan MUSLIMAT.


6. Sistem belajar (10S):
SEDIA--> SUKA--> SENANG--> SAYANG--> SELESA--> 
SELALU--> SABAR--> SOAL--> SALIN--> SISTEMATIK.


7. GAGAL? (sebab tiada KEBERKATAN)
Kenapa tiada keberkatan? Cuba kita fikirkan. Apakah perkara yang lepas kita lakukan terhadap seseorang atau dengan makhluk yang lain? Misalnya masa sedang belajar, kita dibelai oleh seekor kucing yang meminta ihsan memohon makanan, namun kita sepak kucing tersebut. Benar bukan? Fkir-fikirkan.


8. JANGAN study last minit. (ibarat pulun makan waktu malam untuk buang masa esok hari,tapi terkena penyakit sembelit)
Perkara ini sering terjadi kepada seseorang pelajar itu yang tidak tahu belajar untuk mengikut jadual dan menghabiskan banyak masa pada awal semester dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah. Masa STUDY WEEK yang diberikan juga tidak dimanfaatkan sepenuhnya.


9. Jangan SEMBANG je lebih. BUKTIKAN!


Terima kasih atas bacaan anda. Maaf atas kekhilafan saya. Itu sahaja perkongsian daripada kakak Sharifah Fatimah yang sempat saya nukilkan. Semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat.

Comments

Popular Posts