Nasyid

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Arena nasyid di Malaysia makin lama makin bertukar wajah. Popular nya nasyid ini adalah ketika zaman akhir 90-an dan masuk ke tahun 2000. Pada ketika, muncul kumpulan nasyid yang sangat di minati ramai seperti Rabbani, Hijjaz, Raihan dan lain-lain lagi. Suara merdu mereka yang memukau terdiri daripada vokalis seperti Ustaz Asri Rabbani, Ustaz Munif Hijjaz, dan Ustaz Nazri Johari Raihan.



Memang tidak dapat dinafikan bahawa nasyid merupakan salah satu jalan dakwah untuk mengajak manusia ke arah kebaikan dengan mempunyai makna lirik yang mempunyai nilai kesedaran untuk disampaikan kepada sang pendengar. Di sini, saya mahu senaraikan 10 nasyid yang terbaik pernah saya dengar berserta dengan penerangan nasyid yang saya fahami.

10 Nasyid yang terbaik:

1. Fatamorgana - Hijjaz https://www.youtube.com/watch?v=qCk1EVuh0sU

Dunia ini penuh dengan cabaran dan fitnah. Lagu Fatamorgana ini menggambarkan bahawa kita di dunia ini perlu sedar dan jangan alpa dengan segala nikmat yang datang misalnya seperti kekayaan, pangkat, wanita yang akan melekakan kita. Oleh itu, kembalilah kepada Fitrah dan lagu Fatamorgana ini sangat sesuai dijadikan pedoman dan alunannya sangat merdu.

2. Bismillah - Raihan https://www.youtube.com/watch?v=KC2EgOmrMJk

Sebagai seorang Muslim dan Muslimat, kita amat digalakkan memulakan semua gerak kerja dengan membaca Basmalah. Mengapa? Berkatnya membaca Basmalah itu dan gerak kerja kita akan dipermudahkan Allah SWT. Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah.

3. Pergi Tak Kembali - Rabbani https://www.youtube.com/watch?v=0XgJ7mEtACs

Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati. Setiap yang pergi, tidak akan sesekali kembali melainkan hanya kepada Allah SWT. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Lagu ini menunjukkan bahawa mati itu tidak mengenal umur. Ajal akan datang tidak kira waktu sama ada ketika sihat, sakit, tua atau muda.

4. Menanti di Barzakh - Far East https://www.youtube.com/watch?v=LNdjHhIHq0A

Lagu ini juga mempunyai makna yang sama seperti Pergi Tak Kembali. Nasyid ini menjadi fenomena pada tahun 2009 yang menjadi nyanyian dan pedoman kepada masyarakat pada ketika itu serta sehingga kini masih lagi dimainkan kerana liriknya yang mendalam.

5. Damai yang Hilang - Nowseeheart https://www.youtube.com/watch?v=1sC-QNB9XWk

Lagu ini mengisahkan tentang nasib dan musibah yang melanda penduduk di Palestin yang hingga kini dijajah oleh Israel. Kekejaman Israel yang tidak henti digambarkan dalam lirik lagu ini.

6. Kau Sahabat Kau Teman - Hijjaz https://www.youtube.com/watch?v=wMFKxgGaLIs

Sahabat yang telah lama meninggalkan kita akan tetap dikenang hingga bila-bila. Sahabat yang masih hidup akan terus mendoakan kesejahteraan sahabatnya yang kembali kepada fitrah sebagai kasih sayangnya. Begitulah yang diceritakan setiap lirik-lirik lagu ini. Kita hendaklah mencari sahabat yang cekal dan perlulah menghargai mereka hingga hujung nyawa.

7. Lukisan Alam - Hijjaz https://www.youtube.com/watch?v=ElTfCrs3hhk

Arwah abah aku sangat meminati lagu ini. Mak aku pernah cerita kepada aku, arwah abah aku sanggup membeli satu set radio untuk memainkan lagu nasyid ini. Lagu ini menceritakan bahawa seseorang itu perlu mencontohi sifat alam yang mempunyai berbagai bentuk. Misalnya seperti air yang tenang namun ketika ombak membadai, habis satu kapal karam. Begitulah manusia yang perlu tenang dan tidak perlu terburu-buru menyelesaikan sesuatu. Setiap perkara yang dilakukan mesti mempunyai nikmat yang akan datang. Sabar setiap ujian. Lirik lagu ini dinukilan oleh pakar motivasi dan editor terkenal, Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

8. Buatmu Ibu - Aeman https://www.youtube.com/watch?v=ORM_n4AwFas

Sebagai seorang anak, kita mesti menghargai seorang itu yang bernama "Ibu". Merekalah yang melahirkan kita. Merekalah syurga kita. Amat beruntung seseorang itu yang masih mempunyai seorang ibu kerana itu adalah tiket kita untuk masuk ke syurga sekiranya kita benar-benar menjaganya setelah mereka penat melahirkan kita. Misalnya Uwais al-Khorni yang begitu sayang kepada ibunya sehingga namanya disebut-sebut di langit.

9. Dia Muhammad - Inteam https://www.youtube.com/watch?v=tte62FNjBSs

Allahumma Solli Ala Sayyidina Wamaulana Muhammad. Nasyid ini sememangnya berkisarkan tentang Nabi Muhammad SAW. Sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW tiada tandingannya. Baginda adalah manusia yang paling sempurna dan mejadi ikutan seluruh umat khususnya Islam. Semoga kita mendapat syafaat dari Baginda di akhirat kelak.

10. Sepohon Kayu - Saujana https://www.youtube.com/watch?v=WONw5lbXrBg

Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan. Walau kita hidup 1000 tahun sekalipun, tapi tidak solat, tidak ada gunanya. Oleh itu, marilah kita sama-sama solat. Untuk mendapat lebih pahala dan keberkatan, solatlah di awal waktu dan solatlah secara berjemaah.

Comments

Popular Posts